top of page

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana atas rahmat dan keizinannya, maka pada tahun ini Sekolah Kebangsaan Alma telah diiktiraf sebagai sekolah penanda aras PBS Negeri Pulau Pinang. Sesungguhnya, abad ke 21 ini telah bermulanya transformasi sistem pendidikan di Malaysia bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid. Transformasi tersebut melibatkan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistem pentaksiran. Perubahan dari segi kurikulum dilaksanakan supaya menjadi lebih seronok dan menarik.Perubahan dari segi pentaksiran pula dilaksanakan sebagai penambahbaikan UPSR. Dengan adanya gandingan mantap antara pihak sekolah dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, PIBG, waris, badan kerajaan dan bukan kerajaan akan menjadikan SK Alma lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar agar terus cemerlang serta dapat meningkatkan penglibatan. Hubungan rapat dan mesra ini akan meningkatkan iklim pembelajaran yang kondusif yang faedahnya akan dinikmati oleh para pelajar. Akhir sekali, saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada  Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang khususnya Sektor Peperiksaan dan Penilaian yang memberikan ruang yang cukup luas untuk bergerak dalam merealisasikan agenda transformasi kurikulum dan pentaksiran.  Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga SK Alma kerana telah bekerjasama dan berusaha menjayakan program ini. Harapan saya agar SK Alma akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan yang akan diceburi.

 

 

 

 

 

 

 

(PN HJH NORAZMAH BT SHUIB)​

GURU BESAR SK ALMA​

2012

SEKAPUR SIREH

Copyright@ 2012 unitmediaskalma

bottom of page