top of page

Sekolah Kebangsaan Alma telah didirikan oleh kerajaan

100 tahun yang lalu, yang bertempat di Kampung Baharu Alma.

Pada masa itu murid-murid agak sedikit,tetapi dari tahun demi

setahun murid-murid makin bertambah,kemudian kerajaan telah

mendirikan sebuah sekolah yang baru iaitu sekolah lama yang

menempatkan murid-murid Pra sekolah sekarang.Guru besar yang pertama yang telah dilantik ialah En.Said bin Yaakop.Pada masa itu bolehlah dikatakan sekolah yang cantik mengikut tatacara bangunan pada masa dan zaman itu.
 

Pada zaman 1937 penduduk-penduduk di sini sebulat sekata telah berusaha mengumpul derma yang mana hasil tersebut digunakan untuk mendirikan bangunan tambahan untuk mengelakkan kesesakkan murid-murid yang bertambah ramai bilangannya. En.Abdullah bin Long telah bermurah hati membenarkan bangunan tersebut dibina atas tanah beliau.Akhirnya sekolah ini telah diserahkan kepada Pejabat Pelajaran untuk menguruskannya.
 

Selepas peperangan dunia ke dua Kerajaan British telah memegang kembali tampuk pemerintahan negara dari Kerajan Jepun merasakan adalah perlu kanak-kanak perempuaan untuk mendapat pelajaran yang sama dengan kanak-kanak lelaki.Oleh yang demikian murid-murid semakin bertambah dan bilangan darjah bertambah dari lima ke lapan darjah.Maka sekolah yang hanya dua buah itu tidak dapat menampung murid yang semakin ramai.Lembaga Didikan Sekolah(pada masa itu) bertalu-talu memohon dan mendesak kepada kerajaan agar mendirikn sebuah sekolah yang sesuai untuk memuatkan murid-murid yang ramai itu.
 

Pada tahun 1957 setelah Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pihak Didikan Lembaga Sekolah telah membuat permohonan baru supaya Kerajaan Perikatan  mendirikan sekolah baru untuk anak-anak penduduk disini.
 

Akhirnya pada tahun 1961 sekolah baru mula dibina dan siap pada tahun 1962.Sekolah baru itu mempunyai 2 buah bangunan lengkap dengan tandasnya sekali.Begitu juga padang permainan, sayangnya sedikit tidak berpagar di sekelilingnya.
 

Kini sekolah ini mempunyai 7 blok bangunan termasuk kantin dan makmal komputer.Bilangan murid mencecah 700 orang dan mempunyai hampir 50 orang tenaga penggerak termasuk guru dan pekerja.Sekolah ini telah melalui berbagai-bagai fasa peningkatan dari segi semua aspek.Ribuan pelajar telah Berjaya dilahirkan,ada yang cemerlang dan sebaliknya. Namun berkat usaha semua warga sekolah, Insyaallah kita akan terus memacu tenaga untuk melahirkan insan yang berjaya.

SEJARAH

SEJARAH

Copyright@ 2012 unitmediaskalma

bottom of page